`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, July 23, 2019

Status anak punca Rihana, sultan Kelantan bercerai, kata peguam

a man and a woman walking down a street: Status anak yang dilahirkan Rihana Oksana Petra antara punca perceraian. — Foto ihsan Instagram/Rihana Petra© Provided by Malay Mail Sdn Bhd Status anak yang dilahirkan Rihana Oksana Petra antara punca perceraian. — Foto ihsan Instagram/Rihana Petra
SINGAPURA, 23 Julai — Status anak yang dilahirkan Rihana Oksana Petra antara punca Sultan Muhammad V menceraikan ratu cantik Rusia dengan talak tiga, kata peguam Sultan Kelantan.
Koh Tien Hua berkata tiada bukti kukuh menunjukkan baginda bapa biologi kepada anak yang lahir pada Mei lalu sebelum mereka bercerai, lapor Straits Times.
“Tiada bukti kukuh yang menunjukkan baginda adalah bapa biologi anak tersebut,” katanya.
Rihana, nama asal Oksana Voevodina, 27, diceraikan kira-kira sebulan selepas beliau melahirkan anak lelaki di Moscow yang dinamai Tengku Ismail Leon Petra.
Mereka berkahwin pada Jun tahun lepas di Barvikha, terletak di barat Moscow.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.