`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, July 14, 2019

Tiada kesan pukul pada mayat pelajar Nigeria, kata imigresen

Pelajar dari Nigeria, Thomas Orhions Ewansiha mati di Depot Imigresen Bukit Jalil pada Selasa lalu.
PETALING JAYA: Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Khairul Dzaimee Daud berkata tiada kesan pukulan atau kekerasan fizikal ditemui pada mayat pelajar Nigeria, Thomas Orhions Ewansiha yang mati di Depot Imigresen Bukit Jalil Selasa lalu.
Thomas antara 20 warga asing ditahan dalam Ops Bersepadu pada 4 Julai lalu di Desa Aman Puri, Kuala Lumpur susulan aduan awam mengenai kebanjiran warga Afrika di kawasan itu.
Beliau disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 56(1)(l) dan ditahan di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) selama 14 hari untuk siasatan lanjut.
Jumaat lalu, Khairul dilaporkan berkata, Thomas mengalami sawan ketika sedang tidur.
Ewansiha, 33, melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Kedoktoran (PhD) Pengurusan di Universiti Limkokwing. Beliau meninggalkan seorang isteri dan 2 anak yang masih kecil.
Berita lanjut menyusul. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.