`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, October 7, 2022

Mangsa culik dibunuh selepas keluarga bayar wang tebusan

 

Polis berkata mangsa berusia 39 tahun ditemukan kira-kira 7 malam semalam susulan penahanan empat suspek lelaki warga Bangladesh.

KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki warga Bangladesh disyaki mangsa culik oleh rakan senegara ditemukan dalam keadaan separuh reput dengan tangan dan muka diikat menggunakan pita pelekat serta kain sarung di kawasan semak taman perindustrian di Seri Kembangan, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Kajang, Mohd Zaid Hassan, berkata mangsa berusia 39 tahun ditemukan pada kira-kira 7 malam susulan penahanan empat suspek lelaki warga Bangladesh berusia lingkungan 30-an di sekitar Beranang dan Semenyih pada Khamis dan Jumaat lalu.

Beliau berkata, bapa saudara mangsa membuat laporan polis pada 30 Sept lalu selepas ibu mangsa di Bangladesh menerima panggilan daripada seorang suspek meminta wang tebusan 500,000 taka Bangladesh (RM24,000) untuk membebaskan mangsa.

“Bayaran dibuat kepada suspek melalui akaun bank di Bangladesh dan suspek berjanji akan membebaskan mangsa dalam masa dua hari, namun tidak menerima sebarang berita berkenaan anaknya,” katanya dalam kenyataan.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Katanya, mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk bedah siasat manakala kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau Pegawai Penyiasat S Vekram di talian 019 4737108 bagi membantu siasatan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.