`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, October 4, 2022

Menteri Besar Kedah : Pastikan Jangan Hantar REE Kedah Itu Kepada Cina DAP Di Pulau Pinang. Hantar Saja Kepada Cina Komunis Di Negeri Cina

 


My Comments :

REE itu maksudnya Rare Earth Elements. Atau nadir bumi. Mungkin pejuang-pejuang bahasa kita belum meng-Inggeriskan REE dalam bahasa Melayu. Lepas itu bolehlah update kamus. Lepas itu bolehlah cetak kamus baru. Lepas itu bolehlah bagi kontrak cetak kamus baru. 

Cadangan saya beginilah.  MB Kedah mesti pastikan REE Kedah itu tidak di hantar kepada Cina-Cina DAP di Pulau Pinang. Ini ikut lojik auta MB Kedah tempoh hari yang tidak suka hantar air sungai dari negeri Kedah ke negeri Pulau Pinang yang ditadbir urus oleh DAP.

Lebih elok dihantar REE itu kepada Cina-Cina komunis di tanah besar Cina yang pandai manufacturing pelbagai produk yang berguna bagi kegunaan manusia sedunia.

Jika REE itu radioaktif ia boleh bercahaya-sinar dalam gelap, serupa muka jam tangan.


 

Kalau REE itu dijahit dalam baju, mungkin tak payah pergi buat X-ray di hospital. Ambil gambar dengan guna handphone saja.  Tak payah buka baju. Mungkin boleh nampak tulang dan rangka. 

Atau lilit di kepala waktu kayuh basikal pada waktu malam. Untuk mengelak berlaku kemalangan.


 

Bergurau saja ok. Simpan sejuk. Keep cool.

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.