`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, October 2, 2022

Naib ketua pemuda Amanah meninggal dunia

 

Muhamad Fadzil Ahmad, seorang peguam, meninggal dunia pada usia 38 tahun awal pagi tadi. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Naib Ketua Pemuda Amanah Muhamad Fadzil Ahmad meninggal dunia pada 1.15 pagi tadi di Hospital Klang.

Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden Amanah Mohamad Sabu menerusi Facebook.

“Menerima berita duka pemergian Muhamad Fadzil. Bagi pihak Amanah, kami sangat terasa dengan pemergiannya.”

“Beliau seorang peguam yang sangat dedikasi dan tokoh anak muda yang berwawasan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Amanah Mohd Hasbie Muda memaklumkan bahawa Fadzil dipercayai mengalami serangan jantung.

“Beliau sebelum ini sihat dan cerdas,” katanya kepada FMT.

Fadzil, 38, meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.