`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, October 3, 2022

Semakin ramai wanita ditahan kerana rasuah, kata Azam

 

Azam Baki berkata, rata-rata wanita yang dituduh rasuah adalah mereka yang mempunyai kuasa, peranan dan jawatan dalam sesuatu entiti. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Bilangan kes rasuah melibatkan pelaku wanita semakin meningkat sejak kebelakangan ini dan keadaan itu amat membimbangkan, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki.

Berdasarkan statistik, katanya, 824 wanita ditahan dengan 356 daripadanya dituduh di mahkamah dalam tempoh 2017 hingga Ogos lepas.

Secara terperinci, 308 wanita ditahan bagi kes tuntutan palsu; 249 (menerima rasuah); 90 (memberi rasuah) dan 82 (salah guna kuasa), manakala selebihnya adalah kesalahan lain berkaitan rasuah.

“Rata-rata mereka yang dituduh mempunyai kuasa, peranan dan jawatan dalam sesuatu entiti.

“Masa mula-mula zaman saya masuk kerja dalam Badan Pencegahan Rasuah (BPR), dalam masa setahun pun, susah hendak tangkap walaupun seorang wanita. Rasuah adalah mengenai orang yang mempunyai kuasa, orang yang telah diberi kepercayaan untuk melaksanakan amanah. Jadi mereka ini diberikan tanggungjawab,” katanya semasa temu bual di sini.

SPRM ditubuhkan pada 1 Okt 1967, dengan dahulunya dikenali sebagai BPR sebelum menjadi suruhanjaya bebas pada 2009 dengan dikenali sebagai SPRM.

Mengenai undang-undang berkaitan pembiayaan dana politik, Azam berkata, perkara itu perlu disegerakan bagi memastikan ahli dan parti politik mengisytiharkan dana yang diterima mereka, sama ada dari dalam atau luar negara dan punca dana itu diperoleh.

Beliau berkata, takrifan pembiayaan politik yang sah atau tidak bergantung kepada takrifan dipersetujui dalam rang undang-undang dan ia berbeza antara negara.

Bagaimanapun, Malaysia belum mempunyai undang-undang dan peraturan pembiayaan politik, justeru bukan satu jenayah bagi ahli politik dan parti politik menerima pembiayaan politik serta derma persendirian.

“Ini bermakna, mana-mana ahli politik atau parti politik boleh menerima sumbangan politik daripada perbadanan atau individu, dengan syarat wang itu bukan daripada sumber haram, (tetapi) isu itu menjadi jenayah jika dapat dibuktikan ahli politik yang menerima dana itu berada dalam kedudukan untuk membalas budi kepada pemberi derma berdasarkan jawatan ahli politik itu.”

Azam berkata, pihaknya banyak menerima aduan daripada masyarakat yang meminta SPRM menyiasat entiti politik yang dikatakan menerima dana berbentuk rasuah.

“Kami siasat dan bukan kami tidak siasat apabila dilaporkan, tapi banyak kes berakhir dengan tiada tindakan pertuduhan. Mereka (orang awam) yang melaporkan tidak berpuas hati. Apabila tiada akta (khusus) ini, maka kami mengklasifikasikan sebagai tindakan menerima suapan atau menerima rasuah.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.