`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, October 27, 2022

Waspada taktik tipu bantuan RM500 e-dompet Touch ‘n Go, kata polis

 

Polis berkata pautan palsu itu jelas menunjukkan bahawa ia bukan pautan rasmi TnG yang sebenar. (Gambar touchngo)

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan taktik penipuan terbaharu yang mengambil kesempatan menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15), melibatkan pemberian bantuan RM500 menerusi pautan Touch ‘n Go (TnG) yang dikongsi melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS).

Modus operandi bagi penipuan itu adalah dengan pemberitahuan mengenai bantuan e-dompet RM500 yang diberikan kepada rakyat atas sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerlukan pengesahan identiti menggunakan pautan yang “bertopengkan” aplikasi itu.

Ketua Polis Sentul, Beh Eng Lai, mengesahkan perkara berkenaan dan memaklumkan bahawa pautan itu jelas menunjukkan bahawa ia bukan pautan rasmi TnG yang sebenar.

“Pautan bagi TnG bukannya touchngoemy.top, emy.top itu sahaja jelas menunjukkan ia bukannya link sebenar. Orang ramai dinasihatkan jangan tekan link berkenaan.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Pautan yang betul tidak akan ada emy.top itu, kalau ada emy.top ini sudah pasti ia adalah sindiket penipuan dalam talian,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beh berkata, TnG juga tidak akan menghantar sebarang mesej atau pemberitahuan kepada pengguna dan tindakan sedemikian dilihat berpotensi kepada sindiket penipuan.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai makluman bantuan e-dompet RM500 daripada pihak kerajaan melalui pautan TnG sehingga terdapat dakwaan seorang mangsa kehilangan RM1,950 selepas mengakses pautan tersebut. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.