`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, October 1, 2022

Zuraida kini sah presiden PBM, ganti Larry Sng

 

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Zuraida Kamaruddin sudah sah dilantik presiden PBM menggantikan Larry Sng, dalam Persidangan Agung Tahunan PBM 2022 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Seksyen 15 Shah Alam, hari ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Zuraida Kamaruddin kini sah menjadi presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) selepas mendapat sokongan sebulat suara perwakilan yang hadir Persidangan Agung Tahunan parti itu, hari ini.

Ketua Penerangan PBM Zakaria Abdul Hamid, berkata perwakilan Selangor Jaafar Wahyu mengusulkan Ahli Parlimen Ampang itu yang sebelum ini sebagai presiden sementara PBM memegang jawatan nombor satu parti.

“Kita dah lama tunggu saat ini dan kita harap kepimpinan dapat perkemas gerak kerja parti,” katanya kepada FMT.

Menurutnya, PBM akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan kedudukan jawatan bekas penyandang presiden, Larry Sng.

Katanya, timbul usul mencadangkan agar PBM mewujudkan tiga jawatan timbalan presiden.

Ditanya sama ada Sng akan mengisi jawatan tersebut, Zakaria berkata “ya, itu cadangan kita”.

“Semua usul yang dibawa oleh perwakilan dalam konvensyen ini diputuskan secara sebulat suara,” katanya.

Jun lalu, Sng dalam satu majlis mengumumkan, Zuraida sebagai presiden pengganti yang akan menerajui PBM, di mana keputusan itu diputuskan sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat Biro Politik dan Majlis Tertinggi PBM.

Zuraida diberi mandat mengetuai delegasi parti itu dalam pertemuan serta rundingan dengan pemimpin parti lain, terutama perbincangan membentuk kerjasama politik. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.