`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, November 23, 2022

Dr M tumpu tulis buku sejarah, sedih Pejuang kalah

 

Dr Mahathir Mohamad berkata beliau berdoa kerajaan akan dapat memulihkan segala masalah dihadapi negara. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad mahu menumpukan kepada penulisan mengenai sejarah dan aktiviti dalam negara selepas partinya tewas di semua 125 kawasan ditandingi, pada pilihan raya umum.

Katanya, beliau sedih dengan kekalahan dialami, namun menerima pilihan rakyat.

“Yang boleh dilakukan oleh Pejuang ialah melihat arah pemerintahan pihak yang menang. Pejuang berdoa siapa juga yang menjadi kerajaan Malaysia akan dapat pulih segala masalah yang akan dihadapi oleh negara.

“Saya sendiri akan tumpu kepada penulisan berkenaan dengan sejarah dan aktiviti dalam negara. Sesungguhnya banyak peristiwa yang berlaku dalam negara belum pun direkod, termasuk apa yang berlaku di zaman British,” katanya dalam kenyataan.

BERITA LANJUT MENYUSUL 

-FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.