`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, November 22, 2022

Hormat keputusan pengundi, gesa presiden PAS

 

PAS menyeru semua pihak menjunjung keluhuran Perlembagaan, menghormati keutuhan undang-undang dan memelihara ketenteraman awam, menurut presidennya Abdul Hadi Awang.

PETALING JAYA: PAS menyeru semua pihak menghormati keputusan pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab untuk memilih kerajaan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini.

Pada masa sama, PAS juga memberi amaran terhadap mana-mana pihak supaya “tidak menangguk di air keruh” dan “jangan sesekali menjolok sarang tebuan” demi menjaga kepentingan negara dan rakyat.

“Kami sentiasa menegaskan untuk memelihara kestabilan politik dan ekonomi dalam negara,” kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang dalam kenyataan.

“Justeru, PAS menyeru semua pihak menjunjung keluhuran Perlembagaan, menghormati keutuhan undang-undang dan memelihara ketenteraman awam, serta menghalang sebarang bentuk provokasi yang boleh menggugat keharmonian dalam negara.”

Katanya lagi, Malaysia kini sedang melalui fasa penting pembentukan kerajaan melalui proses demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memberi masa kepada pemimpin parti dan gabungan sehingga 2 petang hari ini untuk mencadangkan calon perdana menteri masing-masing.

Selepas PRU15 Sabtu lepas, tiada mana-mana gabungan mahupun parti mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Pakatan Harapan menguasai 82 kerusi, diikuti Perikatan Nasional (73), Barisan Nasional (30), Gabungan Parti Sarawak (23), Gabungan Rakyat Sabah (6), Warisan (3), Bebas (2) dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) masing-masing satu kerusi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.