`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, November 23, 2022

Jangkitan harian Covid-19 meningkat 2,516 kes, 11 kematian

 

Jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,971,936 kes dan 36,620 kematian.

PETALING JAYA: Jangkitan harian Covid-19 meningkat sedikit dengan 2,516 kes semalam dan 11 kematian dilaporkan, berbanding 2,121 kes pada hari sebelumnya.

Menurut data di laman web KKMNOW, kes baharu itu terdiri daripada 2,513 kes penularan tempatan manakala tiga kes import.

Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,971,936 kes dan 36,620 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, terdapat 27,003 kes aktif Covid-19, termasuk 93 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 59 daripada memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 1,839 orang atau 6.8 % menerima rawatan di hospital.

Seramai 2,643 pesakit dilaporkan sembuh. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.