`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, November 5, 2022

Kiandee sah tanding Beluran atas tiket PN

 

Ronald Kiandee memenangi kerusi Parlimen Beluran atas tiket BN pada 2018 tetapi meninggalkan Umno untuk menyertai Bersatu lewat tahun itu.

BELURAN: Bekas Ahli Parlimen Beluran Ronald Kiandee akan mempertahankan kerusinya atas tiket Perikatan Nasional (PN).

Kiandee, yang juga naib presiden Bersatu, telah digugurkan daripada senarai calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) selepas gabungan itu memberi laluan kepada Barisan Nasional (BN) Sabah di kerusi itu.

GRS dan BN Sabah telah bersetuju untuk bekerjasama pada PRU kali ini. Bersatu, tonggak PN, juga ialah komponen GRS.

Kiandee tiba di pusat penamaan calon Dewan Serbaguna Majlis Daerah Beluran pada 8.45 pagi diiringi penyokongnya yang membawa bendera PN.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Bekas menteri pertanian dan industri makanan itu memenangi kerusi Beluran pada 2018 atas tiket BN, tetapi meninggalkan Umno untuk menyertai Bersatu lewat tahun sama.

Semalam, sumber memberitahu FMT bahawa Kiandee akan bertanding di kerusi itu, sekali gus mewujudkan pertembungan dengan calon BN yang dinamakan oleh GRS. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.