`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, November 23, 2022

Zahid nafi letak jawatan dalam BN

 

Kenyataan palsu yang mendakwa Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi berhasrat meletak jawatan, termasuk sebagai presiden Umno.

PETALING JAYA: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi menafikan ada mengeluarkan kenyataan mahu melepaskan jawatannya dan juga presiden Umno akibat kekalahan besar, pada pilihan raya umum (PRU15).

“Mohon jangan dikeruhkan lagi keadaan. Surat yang telah disebarkan seperti berikut adalah palsu dan rekaan manusia yang tidak bertanggungjawab.

“Mohon doakan yang terbaik untuk dalam keadaan sekarang ini,” katanya di Facebook.

Terdahulu, tular kenyataan di media sosial kononnya Zahid akan meletakkan jawatan kerana perlu bertanggungjawab terhadap kekalahan besar BN, pada PRU15.

Dalam kenyataan itu turut menyatakan bahawa Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob akan memangku kedua-dua jawatan tersebut sehingga pemilihan Umno yang akan diadakan pada Januari depan.

Terdahulu, beberapa pimpinan Umno dan BN, termasuk Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi serta Ketua Pemuda Umno Bahagian Kota Raja, Sheikh Weshal Sheikh Ahmad menggesa Zahid berundur.

Mereka berkata, Zahid perlu “berjiwa besar” seperti Najib Razak yang berundur selepas kekalahan BN, pada PRU14. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.