`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, November 2, 2024

Cas telefon dalam bas, remaja maut terkena renjatan elektrik

 

Free Malaysia Today
Hasil bedah siasat di (HSJ) mengesahkan remaja berusia 18 tahun itu maut akibat renjatan elektrik. (Gambar X)

PETALING JAYA
Seorang remaja lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik ketika mengecas telefon bimbitnya menggunakan soket bas ekspres dinaikinya semalam.

Kejadian dilaporkan berlaku pada kira-kira 6 petang di terminal bas Penang Sentral, ketika mangsa, Mohamad Nur Asymawi Jasmadi, 18, menaiki bas itu untuk ke KL Sentral.

Ketua Polis Seberang Perai Utara Anuar Abd Rahman berkata, pemandu bas berusia 36 tahun yang melaporkan kejadian itu pada 7.40 malam mendakwa, 10 minit selepas mangsa menaiki bas, seorang penumpang memaklumkan bahawa mangsa menjerit sebelum ditemui dalam keadaan mulut berbuih.

“Hasil pemeriksaan polis terhadap tubuh mangsa di lokasi kejadian mendapati terdapat kesan melecur di jari kirinya disyaki akibat renjatan elektrik ketika mengecas telefon bimbit,” katanya, lapor Berita Harian.

Polis turut mendapati hujung kabel yang digunakan mangsa cair serta peranti terbabit turut berada dalam keadaan panas.

Pemandu kemudian menghubungi ambulans untuk mendapatkan rawatan awal, namun pegawai perubatan yang hadir mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Anuar berkata, hasil bedah siasat di Hospital Seberang Jaya (HSJ) mengesahkan remaja itu maut akibat renjatan elektrik.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.