`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, November 5, 2024

SPRM rakam keterangan pengasas Fashion Valet lebih 5 jam

 

vivy yusof n fadza
Setakat 8 malam, Vivy Yusof dan Fadzarudin Anuar masih belum keluar dari Ibu Pejabat SPRM sejak tiba untuk memberi keterangan pada 2.30 petang tadi. (Gambar Instagram)

PETALING JAYA
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merakam keterangan pengasas bersama Fashion Valet lebih lima jam berhubung siasatan berhubung kerugian pelaburan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) berjumlah RM43.9 juta.

Bernama melaporkan, setakat 8 malam, Vivy Yusof dan Fadzarudin Anuar masih belum keluar dari Ibu Pejabat SPRM sejak tiba pada 2.30 petang tadi.

Menurut sumber, proses merakam keterangan dijangka berjalan hingga 10 malam, sebelum disambung esok.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM mengesahkan pasangan itu dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes itu.

Setakat semalam, katanya, empat saksi daripada PNB, Khazanah dan Kementerian Kewangan telah dipanggil untuk memberi keterangan.

Dilaporkan semalam SPRM menyerbu pejabat sebuah perniagaan fesyen dalam talian tempatan dan tiga premis lain serta merampas pelbagai dokumen untuk tujuan siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.