`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, November 5, 2024

SPRM analisis firma lain terkait Khazanah

 

azam
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, berkata agensi antirasuah itu mengambil maklum dakwaan dikemuka pemberi maklumat.

PETALING JAYA
Satu firma lain didakwa dimiliki Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) sedang dianalisis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkait aktiviti pelaburannya.

Ketua Pesuruhjaya Azam Baki berkata pihaknya mengambil maklum tentang dakwaan dibuat pemberi maklumat.

“Kami menyedari dakwaan yang didedahkan itu dan kami perlu melakukan analisis terlebih dahulu,” katanya menurut Berita Harian.

Baru-baru ini, media melaporkan firma ekuiti persendirian berkenaan diterajui seorang individu yang juga adik kepada seorang pengurusan tertinggi Khazanah.

Firma itu juga dipercayai diwujudkan hasil cetusan idea Khazanah yang bertanggungjawab menyediakan pelaburan kepada syarikat yang terbabit dalam pembangunan teknologi perubatan.

Pemberi maklumat juga dalam laporannya menyatakan firma berkenaan turut membuat beberapa pelaburan yang boleh dipersoalkan, termasuk satu bentuk pelaburan ke atas sebuah syarikat sudah dilupuskan dan tidak disenaraikan lagi.

Dakwaan terbaru itu wujud susulan siasatan SPRM terhadap Khazanah dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berikutan kegagalan pelaburan oleh FashionValet.

Tindakan ini adalah susulan kerugian pelaburan besar berjumlah RM43.9 juta yang dikaitkan dengan Khazanah dan PNB. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.