`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Tuesday, January 6, 2026

1,434 mangsa banjir di 9 PPS 3 negeri

Jumlah mangsa banjir di Sabah tertinggi dengan 1,206 orang di tujuh PPS empat daerah.

PPS
Jumlah mangsa banjir di Sarawak dan Johor masing-masing 201 serta 27 orang setakat 9.15 pagi ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
 Seramai 1,434 mangsa banjir ditempatkan di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah, Sarawak dan Johor setakat 9.15 pagi ini.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, jumlah mangsa banjir di Sabah tertinggi dengan 1,206 orang daripada 432 keluarga di tujuh PPS di empat daerah.

Seramai 188 orang daripada 67 keluarga di sebuah PPS di Kota Kinabalu, 282 orang di dua PPS Kota Belud, 596 orang di dua PPS Beaufort dan 140 orang di dua PPS Tenom.

Di Sarawak, 201 mangsa daripada 103 keluarga berlindung di PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Bekenu, Miri.

Di Johor, 27 mangsa banjir daripada sembilan keluarga ditempatkan di PPS Balai Raya Gemereh IV (Batu Badak) di Segamat. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.