`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Wednesday, January 7, 2026

25 Feb pengurusan kes 3 bekas Adun PAS saman speaker Perlis

Hakim Mahkamah Tinggi Kangar, Mohamad Abazafree Mohd Abbas menetapkan tarikh itu semasa kes disebut hari ini.

3 Adun Perlis tergugur jawatan
Bekas Adun Chuping, Saad Seman; Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji) memohon keputusan pengosongan kerusi DUN diwakili adalah di luar aturan, terbatal, tidak sah dan defektif. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
 Mahkamah Tinggi Kangar di Perlis menetapkan 25 Feb ini untuk untuk pengurusan kes saman pemula yang difailkan tiga bekas Adun PAS terhadap Speaker DUN Perlis Rus’sele Eizan yang mengisytiharkan kekosongan luar jangka di kerusi mereka.

Hakim Mohamad Abazafree Mohd Abbas menetapkan tarikh itu semasa kes disebut di hadapannya hari ini, lapor Bernama.

Bekas Adun Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim; Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Saad Seman (Chuping) itu diwakili peguam Mohd Jamil Yaacob.

Rus’sele dan DUN Perlis diwakili Penasihat Undang-Undang Negeri, Yang Zaimey Yang Ghazali dan Penolongnya Che Rohana Ismail.

Mereka memfailkan saman itu pada 2 Jan lalu, memohon keputusan pengosongan kerusi DUN diwakili adalah di luar aturan, terbatal, tidak sah dan defektif.

Mereka menegaskan pengumuman Rus’sele bertarikh 25 Dis lalu itu dibuat di luar bidang kuasa yang diperuntukkan.

Saman itu menamakan Rus’sele sebagai defendan pertama dan DUN Perlis sebagai defendan kedua.

Rus’sele pada 25 Dis tahun lalu mengistiharkan berlakunya kekosongan luar jangka di tiga DUN berkenaan selepas keahlian wakil rakyat PAS itu dihentikan susulan kemelut Perikatan Nasional (PN) di Perlis.

Kemelut di Perlis tercetus selepas lapan Adun PN mengemukakan akuan berkanun (SD) bagi menarik sokongan terhadap Shukri Ramli sebagai menteri besar, yang menyaksikan Adun Kuala Perlis daripada Bersatu, Abu Bakar Hamzah dilantik menggantikannya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.