`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Thursday, January 8, 2026

PTPTN sedia kelengkapan sekolah 200 murid B40 di Pulau Pinang

PTPTN menyediakan sumbangan set pakaian serta beg sekolah berjumlah RM43,600.

Norliza Abdul Rahim bersama penerima bantuan Program Titipan Kasih Back To School Bersama PTPTN dan Harian Metro di Pulau Pinang. (Gambar PTPTN)
PETALING JAYA:
 Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meneruskan komitmennya membantu keluarga berpendapatan rendah menerusi penganjuran Program Titipan Kasih Back To School Bersama PTPTN dan Harian Metro Tahun 2026 di Pulau Pinang.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) tahunan itu memberi manfaat kepada 200 murid asnaf dan B40 daripada empat sekolah terpilih.

PTPTN menyumbangkan set pakaian serta beg sekolah berjumlah RM43,600 daripada PTPTN manakala akaun Simpan SSPN Prime bernilai RM20,000 oleh Media Prima Berhad.

Antara sekolah terlibat ialah Sekolah Kebangsaan Pengkalan Jaya, Sekolah Kebangsaan Pokok Ketapang, Sekolah Menengah Kebangsaan Bakti Tasek Gelugor dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Gelugor.

Majlis penyerahan bantuan berlangsung di Dewan Dahlia, Midtown PERDA, Tasek Gelugor dan disempurnakan oleh Pengerusi PTPTN, Norliza Abdul Rahim.

Menurut Norliza, inisiatif itu mencerminkan keprihatinan PTPTN dalam memastikan anak-anak daripada keluarga kurang berkemampuan tidak tercicir daripada arus pendidikan akibat kekangan kewangan.

“Di sebalik peranan utama PTPTN dalam memperkasa pendidikan tinggi negara, PTPTN turut prihatin menyalurkan sumbangan melalui pelaksanaan program CSR secara berterusan bagi memastikan masyarakat tidak tercicir daripada arus pendidikan akibat masalah kewangan,” katanya.

Beliau berkata, sumbangan berkenaan diharap dapat meringankan beban ibu bapa dalam persediaan persekolahan baharu, di samping menyemai kesedaran mengenai kepentingan perancangan dan simpanan pendidikan demi masa depan anak-anak. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.