`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Friday, January 9, 2026

Utama pertiwi berbanding parti dan peribadi, tegas Saifuddin

Wakil rakyat PN Saifuddin Abdullah berkata pertembungan elemen pertiwi, parti, dan peribadi (3P) perlu diletak pada tempat betul.

saifuddin abdullah
Saifuddin Abdullah cadang gagasan ‘Konsensus Nasional Baru’ sebagai ‘reset’ politik dan membetulkan hala tuju ekonomi negara secara lebih komprehensif.
PETALING JAYA:
 Ahli Parlimen Indera Mahkota Saifuddin Abdullah menegaskan perjuangan politik Malaysia harus berpaksikan kepada kepentingan pertiwi atau tanah air yang mengatasi agenda parti mahupun kepentingan peribadi.

Saifuddin menjelaskan realiti politik melibatkan pertembungan tiga elemen utama iaitu pertiwi, parti, dan peribadi (3P) perlu diletakkan pada tempat betul.

Beliau berkata perjuangan suci mestilah berlandaskan seruan tuhan untuk menegakkan kebaikan dan mencegah kemungkaran, yang kemudiannya diterjemahkan sebagai nilai kebenaran serta keadilan bagi rakyat.

Menurut ketua portfolio pendidikan Perikatan Nasional (PN) itu, pembangunan negara kini memerlukan kerangka baharu yang lebih segar bagi mendepani cabaran semasa.

Sehubungan itu beliau mencadangkan gagasan ‘Konsensus Nasional Baru’ sebagai ‘reset’ politik dan membetulkan hala tuju ekonomi negara secara lebih komprehensif.

“Sistem, institusi dan undang-undang perlu diperbaiki contohnya institusi Parlimen, badan kehakiman, sistem pilihan raya, serta sektor perkhidmatan awam, pendidikan, kesihatan dan undang-undang tertentu.

“Kek ekonomi perlu dibesarkan dan diagihkan secara saksama dengan menyalakan semula ekonomi dan menyuburkan kekayaan baru,” katanya dalam tulisan ruangan ‘Merentas Ruang’ diterbitkan di Sinar Harian.

Menyentuh soal parti, Saifuddin berpendapat sesebuah organisasi politik hanya wadah untuk mencapai cita-cita negara dan tidak seharusnya mengatasi Perlembagaan Persekutuan serta ajaran agama.

Beliau menambah parti politik bertanggungjawab mematangkan demokrasi dan mempunyai ideologi yang dihayati ahli serta diterangkan kepada warga pertiwi.

“Perlu wujudkan pemikiran politik konkrit contohnya perjuangan Islam, nasionalisme inklusif dan politik baru meliputi integriti dan demokrasi Malaysia yang pelbagai kaum, progresif serta moderat,” katanya.

Mengenai kerjasama politik, beliau berkata penggabungan parti bertujuan mencapai objektif bersama, namun jika sukar, pendekatan Islam iaitu memilih ‘kemudaratan yang lebih ringan” wajar diambil.

Saifuddin turut memberi amaran kepentingan peribadi melampau boleh merosakkan parti dan menyusahkan negara, sambil memberi contoh skandal 1MDB sebagai contoh kesan buruknya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.