Setiausaha agung Umno ulas laporan portal mendakwa Dr Akmal Saleh mahu letak jawatan ketua Pemua Umno dan Adun.

“Tidak ada. Saya sebagai setiausaha agung parti tidak berpandukan kepada kata-kata di media sosial atau cakap-cakap berlegar,” katanya pada sidang media menjelang Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2025.
Terdahulu, FMT melaporkan Setiausaha Pemuda Umno Hafiz Ariffin menafikan Akmal meletak jawatan ketua Pemuda dan Adun Merlimau.
Portal terbabit melaporkan Akmal didakwa menyatakan hasrat melepaskan jawatan berkenaan kepada sekumpulan pemimpin Pemuda Umno menerusi mesej WhatsApp, semalam.
Dalam pada itu, Asyraf turut menasihati Akmal supaya tidak mudah lemah semangat sekiranya cadangan dibangkitkan tidak diterima pucuk pimpinan.
“Secara peribadi sebagai abang kepada Akmal yang saya juga bertanggungjawab meletakkannya di situ (ketua Pemuda) perbezaan pandangan itu biasa.
“Saya dulu pernah jadi ketua Pemuda dan pandangan saya tidak diterima semua Majlis Kerja Tertinggi (MKT) tetapi itu tidak menyebabkan kita harus mengundur diri atau lemah semangat kerana itu biasa dalam tradisi berorganisasi,” katanya.
Sebelum ini, Presiden Umno Zahid Hamidi menegaskan parti itu akan kekal dalam kerajaan perpaduan sehingga tamat penggal.
Pada konvensyen khas Pemuda Umno, 3 Jan lalu, Akmal menggesa Umno keluar kerajaan dan bekerjasama dengan PAS dalam blok pembangkang.
Akmal turut menyatakan hasrat berundur diri selepas maklum balas Zahid berkait gesaannya itu. - FMT


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.