`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Friday, January 9, 2026

Jangan lengah, kerajaan digesa bentang segera memorandum haram vape

Perunding kesihatan awam Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata kelewatan membuat keputusan hanya akan memburukkan keadaan.

vape
Selasa lalu Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata KKM menyasarkan untuk melaksanakan pengharaman vape bermula dengan jenis sistem terbuka tahun ini.
PETALING JAYA:
 Kerajaan digesa jangan berlengah dan segera membentangkan pengharaman penuh rokok elektronik atau vape walaupun Memorandum Jemaah Menteri (MJM) mengenainya dijangka dibentang awal tahun ini.

Perunding kesihatan awam, Dr Lokman Hakim Sulaiman, berkata kelewatan membuat keputusan hanya akan memburukkan keadaan.

Justeru, beliau menyeru Kabinet memberikan perhatian serius dan meluluskan pengharaman vape sepenuhnya sebelum ia menjadi barah yang tidak terkawal.

“Saya harap KKM (Kementerian Kesihatan) tidak berlengah dalam mengemukakan kelulusan dasar daripada Kabinet,” katanya kepada FMT.

Lokman Hakim Sulaiman
Dr Lokman Hakim Sulaiman.

Pada 16 Dis tahun lalu, Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad, berkata kerajaan tetap meneruskan pengharaman penuh vape dengan MJM kini sedang dimuktamadkan untuk dibentangkan kepada Jemaah Menteri selepas pembentangan tidak sempat dilakukan pada mesyuarat Kabinet sebelum ini.

Selasa lalu, Dzulkefly berkata KKM menyasarkan untuk melaksanakan pengharaman vape bermula dengan jenis sistem terbuka tahun ini.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dalam penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Katanya, perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat.

Dr Jamalludin Ab Rahman
Dr Jamalludin Ab Rahman.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM), Dr Jamalludin Ab Rahman, percaya pasukan pelaksana KKM sedang menjalankan langkah sepatutnya bagi mengharamkan vape.

“Saya pasti pasukan KKM tidak akan berlengah lagi dan perlu melihat ruang undang-undang yang ada,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.