`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Thursday, January 8, 2026

MyKad, pasport berwajah baharu seawal suku kedua tahun ini, kata menteri

Menteri Saifuddin Nasution Ismail berkata pembaharuan itu untuk perkukuh keselamatan dokumen pengenalan negara dan mengekang risiko pemalsuan.

mykad ic
Saifuddin Nasution Ismail berkata ciri keselamatan MyKad perlu ditingkatkan selaras perkembangan teknologi.
PUTRAJAYA:
 Orang ramai tidak perlu risau dengan pertukaran MyKad dan pasport yang dijangka berwajah baharu seawal suku kedua tahun ini, kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata pembaharuan itu sebahagian daripada hala tuju Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memperkukuh sistem keselamatan dokumen pengenalan negara serta mengelakkan risiko ancaman pemalsuan.

Saifuddin Nasution Ismail
Saifuddin Nasution Ismail.

Menurut Saifuddin, pertukaran itu bukan dilakukan secara tergesa-gesa tetapi berlandaskan keperluan keselamatan serta kitaran pembaharuan yang telah ditetapkan.

“MyKad ialah dokumen keselamatan dan selepas satu tempoh, ciri-cirinya perlu dipertingkatkan selaras dengan perkembangan teknologi bagi mengelakkan pemalsuan,” katanya pada sidang media selepas sebuah majlis kementeriannya.

Menurut Saifuddin, pasport Malaysia kini berada pada kedudukan ketiga paling dipercayai di dunia dari segi kemudahan perjalanan tanpa visa dan penyediaan dokumen generasi baharu penting bagi mengekalkan tahap kebolehpercayaan itu.

“Malaysia akan memiliki pasport berwajah baharu dalam masa enam bulan daripada sekarang.

“Dokumen baharu itu akan dilengkapi ciri keselamatan yang dipertingkat bagi mengekalkan integriti pasport dan mengatasi risiko pemalsuan,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Saifuddin berkata Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2024 berkaitan kewarganegaraan yang telah diluluskan sebelum ini dijangka berkuat kuasa Jun atau Julai depan.

Menurutnya, pihaknya perlu membuat persediaan rapi termasuk membuat pindaan kepada Citizenship Regulation 1964 dalam versi bahasa Melayu dan Inggeris.

“Selain itu, penyediaan borang berkaitan serta pemakluman kepada perwakilan Malaysia di luar negara sebelum pewartaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.