`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Tuesday, February 10, 2026

Kuasa KSN benar labur saham lebih RM100,000, kata Kulasegaran

 Timbalan menteri undang-undang dan reformasi institusi itu berkata ada pekeliling 2024 yang terpakai kepada penjawat awam berhubung pembelian saham.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran berkata beliau dimaklumkan Ketua SPRM Azam Baki sudah maklum pada kerajaan semasa buat pelaburan tahun lepas. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
 Kuasa untuk membenarkan penjawat awam membuat pelaburan saham melebihi RM100,000 adalah terletak pada Ketua Setiausaha Negara (KSN), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran.

Kulasegaran berkata ada pekeliling pada 2024 yang terpakai kepada penjawat awam berhubung pembelian saham.

Beliau merujuk pekeliling 2024 mengenai tatakelakuan pegawai awam menyatakan penjawat awam hanya boleh memiliki saham dalam syarikat yang diperbadankan di Malaysia jika pegangan itu tidak melebihi 5% daripada modal berbayar atau bernilai RM100,000, yang mana lebih rendah.

“Bagaimanapun, terpulang kepada KSN untuk beri kebenaran atau sebaliknya (untuk buat pelaburan saham melebihi RM100,000),” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Hassan Karim (PH-Pasir Gudang) dan Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) meminta kerajaan menyatakan pendirian mereka susulan laporan bahawa Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki memiliki saham RM800,000 dalam sebuah syarikat.

Mengulas lanjut, Kulasegaran berkata beliau dimaklumkan bahawa Azam telah memaklumkan kepada kerajaan semasa pelaburan dibuat pada tahun lepas.

Beliau berkata laporan Bloomberg itu perlu diteliti sedalamnya dan menggesa semua pihak tidak membuat andaian tertentu selagi siasatan belum dibuat.

“Jangan ada satu tohmahan daripada ‘online news’, kita (terus) ‘jump the isu’. Ini perlu siasatan,” katanya.

Kulasegaran juga berkata beliau dimaklumkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim akan membuat satu keputusan berhubung perkara itu dan akan dimaklumkan kepada semua pihak.

Bloomberg melaporkan pegangan saham Azam didedahkan dalam penyata tahunan Velocity Capital Bhd yang difailkan pada 3 Feb tahun lalu dan namanya masih tersenarai dalam daftar pemegang saham syarikat itu di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Berdasarkan harga saham syarikat pada penutupan dagangan Isnin, pegangan itu dianggarkan bernilai kira-kira RM800,000. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.