`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Monday, February 9, 2026

Rangka manusia ditemukan dalam parit di Mentakab

 Berdasarkan pakaian ditemukan, rangka manusia itu dipercayai wanita, kata polis.

garisan polis dilarang melintas
Ketua Polis Temerloh Mohd Nasyim Bahron berkata, pihaknya dimaklumkan oleh orang ramai mengenai penemuan rangka tersebut pada 12 tengah hari.
PETALING JAYA:
 Satu rangka manusia tanpa identiti ditemukan di dalam parit yang ditumbuhi belukar di Mentakab semalam.

Ketua Polis Temerloh Mohd Nasyim Bahron berkata, pihaknya dimaklumkan oleh orang ramai mengenai penemuan rangka tersebut pada 12 tengah hari.

Sejurus menerima maklumat, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian yang terletak berhampiran dengan Flat Damai Taha.

Mohd Nasyim berkata, berdasarkan pakaian ditemukan, rangka manusia itu dipercayai wanita.

“Rangka dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk bedah siasat,” katanya, lapor Bernama.

Mohd Nasyim berkata, kes yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) itu masih disiasat dan kertas siasatan telah dibuka sementara menunggu laporan forensik penuh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat Mohd Razzi Ismail menerusi talian 017-2314245. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.