Timbalan Ketua Polis Kulim, Tengku Mohd Faisal Tengku Yeng berkata suspek menendang pintu kaunter aduan di Balai Polis Sungai Kob sehingga pecah.

Timbalan Ketua Polis Kulim, Tengku Mohd Faisal Tengku Yeng berkata kejadian berlaku kira-kira 3.30 petang ketika wanita berusia 34 tahun itu yang juga seorang peniaga datang ke balai polis tersebut.
Katanya, wanita itu kemudian melakukan provokasi dengan mengeluarkan perkataan kesat menghina polis, terhadap seorang anggota polis wanita, lapor Berita Harian.
Beliau berkata, seorang anggota polis lelaki kemudiannya datang untuk menenangkan wanita itu, namun beliau ditumbuk suspek pada bahagian muka.
Menurutnya, wanita itu turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang lagi anggota polis sebelum menendang pintu kaunter aduan sehingga pecah.
Tengku Mohd Faisal berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967, Seksyen 332 Kanun Keseksaan dan Seksyen 426 Kanun Keseksaan.
Menurutnya, hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah, manakala hasil ujian saringan awal air kencing mendapati wanita itu bebas dadah. - FMT


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.