Amanat Anwar Ibrahim pada Ahad akan letak hala tuju dan landasan dalam pelbagai perkara.

Pengarah Komunikasi PH Fahmi Fadzil berkata konvensyen pertama selepas empat tahun itu disifatkan sebagai ‘paluan gendang perang pertama’, dengan Pengerusi Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan amanat.
“Kemuncaknya adalah amanat yang akan disampaikan oleh Anwar. Dalam mesej beliau nanti, kita akan dapat hala tuju PH berhubung desas-desus kemungkinan PRN Johor, Melaka dan seterusnya.
“Sudah pasti amanat daripada pimpinan utama PH ini akan meletakkan hala tuju dan landasan dalam pelbagai perkara yang akan disusuli oleh jentera pilihan raya PH, sama ada di peringkat negeri mahupun nasional,” katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Guru Lembah Pantai 2026.
Konvensyen PH dijadual berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru dan akan menghimpunkan lebih 3,000 perwakilan dari seluruh negara mewakili PKR, Amanah, dan DAP.
Selain amanat pimpinan utama, konvensyen sehari itu turut menampilkan forum dan podcast melibatkan sayap Wanita dan Pemuda pada sebelah pagi serta sesi bersama ketua-ketua parti komponen PH pada sebelah petang. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.