`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Thursday, May 14, 2026

Radzi Jidin dilantik pengerusi PN Melaka

 Naib presiden Bersatu itu menggantikan Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin yang meletak jawatan, Mac lalu.

Radzi Jidin menggantikan Mas Ermieyati Samsudin sebagai pengerusi PN Melaka.
PETALING JAYA:
Naib Presiden Bersatu Radzi Jidin dilantik sebagai pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, jawatan yang kosong hampir dua bulan.

Beliau menggantikan Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati yang meletak jawatan, Mac lalu.

Bekas timbalan menteri itu juga digantung keahliannya selama dua penggal seperti diputuskan Lembaga Disiplin Bersatu, susulan krisis kepimpinan yang membawa desakan supaya Muhyiddin Yassin meletak jawatan presiden.

Radzi yang mengumumkan perkara itu dalam kenyataan berkata mesyuarat PN Melaka turut bersetuju melantik Pesuruhjaya PAS negeri Zulkifli Ismail sebagai salah seorang daripada empat timbalan pengerusi.

Selain beliau, Gan Peng Lam (Gerakan), T Arasu (MIPP) dan Mohamad Ali Mohamad (Bersatu).

Mohamad yang juga bekas pemimpin Umno Melaka turut dilantik pengarah pilihan raya manakala Ahli Parlimen Tangga Batu Bakri Jamaluddin dari PAS pula diumum sebagai setiausaha.

Dalam pada itu Radzi berkata mesyuarat memberi tumpuan kepada pengukuhan organisasi, kesiapsiagaan gerak kerja parti serta persediaan menghadapi PRN Melaka dan PRU16. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.