Polis menjelaskan video tular memaparkan anggota cuba menahan seorang lelaki bersenjata di Batu Caves.

Lelaki berkenaan bertindak agresif terhadap anggota polis yang sedang menjalankan operasi tangkapan ke atas suspek pengedaran dadah, dalam kejadian di Jalan Ulu Yam, Batu Caves pada petang semalam.
Terdahulu, satu video tular dirakam pengguna jalan raya memaparkan seorang lelaki diekori anggota polis. Seorang anggota dipaparkan berdepan bahaya apabila cuba menghalang lelaki berkenaan menaiki sebuah lori.
“Dalam cubaan untuk melarikan diri, suspek bertindak agresif dengan melibas sebilah parang ke arah anggota polis sebelum berjaya ditahan sepenuhnya,” menurut kenyataan.
Polis merampas senjata tajam berukuran 57cm, dan dadah disyaki heroin seberat 18.90g dan syabu seberat 7.40g.
Siasatan dijalankan bawah Seksyen 39B, Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya; Seksyen 186 Kanun Keseksaan; serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya.
Suspek direman selama empat hari sehingga 15 Mei bagi membantu siasatan. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.