Ketuanya Nashriq Ismail Sabri berkata pandangan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah itu dibuat atas kepentingan kesejahteraan rakyat.

Ketuanya Nashriq Ismail Sabri berkata pandangan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berhubung keperluan negeri itu diberikan perhatian sewajarnya wajar diperhalusi dengan penuh hikmah.
Beliau turut menjunjung kasih atas titah Tengku Hassanal yang membuat gesaan itu atas kepentingan pembangunan serta kesejahteraan rakyat.
“Saya yakin setiap permintaan dan pandangan yang dikemukakan baginda pastinya bertujuan memastikan pembangunan negeri Pahang dapat dipercepatkan demi manfaat rakyat.
“Perhatian lebih besar kepada pembangunan Pahang bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat negeri ini, malah turut menyumbang kepada kemakmuran Malaysia secara keseluruhannya,” katanya dalam kenyataan.
Tengku Mahkota Pahang semasa merasmikan istiadat pembukaan mesyuarat pertama penggal ke-5 DUN Pahang ke-15, Jumaat lalu mempersoalkan peruntukan kerajaan persekutuan kepada negerinya.
Bernama melaporkan, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata beliau akan meminta Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan menyediakan penjelasan menyeluruh berhubung peruntukan kerajaan persekutuan kepada Pahang, untuk dikemukakan kepada Tengku Hassanal.
Tengku Hassanal juga akan diberikan penerangan berkaitan kedudukan makroekonomi negara, tekanan ekonomi semasa dan isu pembaziran yang masih berlaku dalam pelbagai sektor. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.