`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Sunday, May 10, 2026

Kena terima hakikat berada pada titik terendah, Umno Terengganu diberitahu

 Ketua Umno Terengganu berkata, pemimpin parti harus iktiraf kekuatan pihak lawan, cari jalan dekati rakyat langkaui retorik politik.

Rozi Mamat
Rozi Mamat berkata, Umno Terengganu perlu buktikan kepada rakyat bahawa mereka ada pemimpin mampu selesai masalah. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
 Pemimpin Umno Terengganu digesa membina semula parti di negeri itu, yang kini berada pada titik terendah dalam sejarahnya selepas kalah teruk pada pilihan raya 2023, dengan tidak memandang remeh kekuatan pihak lawan.

Ketuanya, Rozi Mamat berkata, Umno Terengganu perlu membuktikan kepada rakyat bahawa mereka mempunyai pemimpin yang mampu menyelesaikan masalah.

“Jangan sekadar cakap berapi di pentas tetapi rakyat tidak nampak hasil. Kita mesti jadi penyelesai masalah, bukan pengulas,” katanya pada sambutan ulang tahun Umno ke-80 di Kuala Terengganu hari ini, lapor Utusan Malaysia.

Beliau berkata, pemimpin parti perlu menerima hakikat kedudukan semasa parti demi membina semula kekuatan menjelang PRU akan datang.

Semua pemimpin juga mesti bergerak kerja berpandukan strategi yang ditetapkan oleh kepimpinan tertinggi parti, tambahnya.

“Jangan keras kepala. Bagaimana hendak rampas dan bangkit balik jika kita masih dibayangi keputusan lepas? Tuan-tuan akan lalui perjalanan yang lebih sukar daripada yang dilalui sebelum ini.”

Rozi berkata, pihak lawan telah mengambil kesempatan atas kebimbangan rakyat mengenai peningkatan kos sara hidup dan Umno Terengganu memerlukan pendekatan baharu untuk mendekati rakyat, lebih daripada sekadar retorik politik.

Katanya, Umno mesti memberi tumpuan kepada isu-isu teras yang membelenggu rakyat, termasuk bantuan kebajikan negeri yang tidak mencukupi, kenaikan bayaran pengurusan tanah sebanyak 200%, serta isu tempat letak kereta dengan pihak berkuasa tempatan.

Masalah pengangguran belia juga menuntut perhatian serius, memandangkan rakyat masih ingat bagaimana kerajaan negeri Barisan Nasional terdahulu berjaya membawa masuk pelabur ke negeri itu, tambahnya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.