`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Friday, May 8, 2026

SKMM kesan 15,296 akaun palsu guna nama kerabat diraja

 Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kepada akaun palsu Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin juga turut dikesan.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyembah maklum laporan berkaitan penurunan akaun palsu melibatkan kerabat diraja. (Gambar Fahmi Fadzil)
PETALING JAYA:
 Sejumlah 15,296 akaun palsu menggunakan nama 26 kerabat diraja dikenal pasti sepanjang tempoh Januari hingga April tahun ini berdasarkan pemantauan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) termasuk aduan awam.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, berkata akaun palsu dikesan turut melibatkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Fahmi berkata, perkara itu dipersembahkan kepada Sultan Selangor ketika menghadap bagi menyembah maklum laporan berkaitan penurunan akaun palsu melibatkan kerabat diraja.

“Susulan itu, tindakan permohonan penurunan telah dilaksanakan dan sehingga kini, penyedia platform media sosial telah menurunkan sebanyak 14,750 akaun berkenaan,” katanya dalam catatan di Facebook.

Beliau berkata, baginda turut disembah maklum mengenai pelaksanaan sistem pengesahan identiti secara elektronik (e-KYC) sebagai langkah memperkukuh perlindungan kanak-kanak dan keluarga dalam persekitaran digital.

“Patik menjunjung kasih atas pandangan, titah serta nasihat Duli Yang Maha Mulia Tuanku berhubung pelbagai isu semasa, khususnya berkaitan penyalahgunaan platform dalam talian dan isu 3R (agama, kaum dan institusi diraja) yang mutakhir ini semakin membimbangkan.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.