Perdana Menteri Anwar Ibrahim minta Amir Hamzah Azizan sediakan penjelasan berhubung peruntukan kerajaan persekutuan kepada Pahang.

Tengku Hassanal juga akan diberikan penerangan berkaitan kedudukan makroekonomi negara, tekanan ekonomi semasa dan isu pembaziran yang masih berlaku dalam pelbagai sektor.
“Saya hormat Tengku Mahkota… peruntukan kepada Pahang itu besar, bukan kecil. Saya akan minta menteri kewangan II menulis dan memberikan penjelasan keseluruhannya mengenai peruntukan untuk Pahang serta keadaan ekonomi semasa.
“Sebagai rakyat, kita hormati dan kita teliti dengan baik,” katanya mengulas teguran Tengku Hassanal.
Anwar menjawab pertanyaan media mengenai isu itu selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-48 dan mesyuarat berkaitan.
Tengku Mahkota Pahang semasa merasmikan istiadat pembukaan mesyuarat pertama penggal ke-5 DUN Pahang ke-15 mempersoalkan peruntukan kerajaan persekutuan kepada negerinya. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.