Bomba sedang memantau kawasan kejadian di Kampung Bukit Sungai Putih, Hulu Langat.

PETALING JAYA: Penghuni sebuah rumah diarah mengosongkan kediaman sebagai langkah keselamatan, susulan runtuhan tanah di Kampung Bukit Sungai Putih, Hulu Langat petang tadi.
Bomba sedang memantau sekitar kawasan berkenaan, dan telah memaklumkan pihak berkuasa tempatan untuk tindakan lanjut, lapor Bernama.
“Terdapat runtuhan tanah dengan jarak kira-kira 1.2 meter,” kata Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar.
Bomba bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada 2.17 petang. Satu pasukan bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang tiba di lokasi lima minit kemudian. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.