Petronas di peringkat akhir usaha mendapatkan bekalan bahan api bagi fasa seterusnya.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijangka akan membuat pengumuman mengenai perkara tersebut dalam masa terdekat, katanya.
“Kita perlu memastikan aktiviti ekonomi dapat diteruskan, memandangkan sebahagian besar bekalan bahan api kita selama ini dari Asia Barat.
“Seperti yang dinyatakan oleh perdana menteri, kami sedang memuktamadkan sumber bekalan baharu,” katanya kepada pemberita selepas Sidang Kemuncak Ekonomi Universiti Malaya.
Menurut Akmal, simpanan bahan api semasa Malaysia sebahagian besarnya kekal pada tahap operasi, setelah berjaya mengekalkan bekalan walaupun terdapat sekatan di Selat Hormuz.
Bulan lalu, Petronas mengesahkan bekalan bahan api di stesen-stesennya akan bertahan sehingga akhir Jun, melanjutkan unjuran awal selama sebulan.
Syarikat minyak nasional itu membekalkan kira-kira 50% daripada keperluan bahan api negara melalui anak syarikat yang tersenarai awam, Petronas Dagangan Bhd, manakala baki dibekalkan syarikat minyak lain yang beroperasi di Malaysia. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.