Pengarah JPJ Negeri Sembilan Jasyindar Singh Sihdu berkata dalam operasi bermula Januari hinga 30 April itu sebanyak 137,917 kenderaan diperiksa.

Pengarah JPJ negeri Jasyindar Singh Sihdu berkata daripada jumlah kenderaan diperiksa, sebanyak 18,874 kenderaan diambil tindakan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau berkata menerusi operasi itu juga sebanyak 40,501 motosikal diperiksa dan daripada jumlah itu 5,273 motosikal dikenakan tindakan.
“Sepanjang tempoh tersebut kesalahan bagi kategori pelesenan kenderaan mencatatkan bilangan paling tinggi iaitu 15,881, diikuti kesalahan teknikal (13,577) dan pelesenan pemandu (8,717).
“Dalam Ops tersebut sebanyak 479 kenderaan turut disita membabitkan motosikal iaitu 177, kereta (146) dan lain-lain kenderaan (156),” katanya pada sidang media di Pejabat JPJ Negeri Sembilan.
Sementara itu, Jasyindar berkata pihaknya juga menyita 188 kenderaan mewah bermula tahun lepas hingga April tahun ini, dengan kenderaan jenis BMW paling banyak disita iaitu sebanyak 47 buah, Mercedes Benz (45), Toyota Alpard/Vellfire (24) dan Porsche (10).
“Individu ditahan antaranya bergelar datuk, usahawan dan golongan profesional melibatkan kesalahan tidak membayar cukai jalan,” katanya. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.