Wakil rakyat ditemui bercakap tentang kempen PN menghadapi PRN Johor dan Negeri Sembilan, kedudukan ketua pembangkang, dan persiapan untuk Parlimen.

“Isu nak keluarkan Bersatu dalam PN tak dibincangkan,” kata Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Rosol Wahid, kepada pemberita selepas mesyuarat.
Para wakil rakyat yang ditemui pemberita bercakap tentang kempen Perikatan Nasional menghadapi PRN Johor dan Negeri Sembilan, serta kedudukan ketua pembangkang.
Rosol memaklumkan bahawa mesyuarat membincangkan persiapan untuk pembukaan Parlimen.
Selain wakil rakyat PAS, turut hadir pada mesyuarat Ahli Parlimen malam ini adalah Hamzah Zainudin (Larut), Ronald Kiandee (Beluran), Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah), dan Abdul Khalib Abdullah (Rompin).
Mesyuarat malam ini menjadi perhatian di sebalik cakap-cakap bahawa perbincangan akan menyentuh kedudukan Bersatu dalam PN.
Seorang pemimpin PAS yang minta tidak dinamakan menolak dakwaan mesyuarat itu akan menentukan kedudukan Bersatu dalam PN, memandangkan hal itu memerlukan keputusan bersama parti komponen, maka ia akan dibincangkan di peringkat majlis tertinggi gabungan. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.