Malaysia tak perlu gentar desakan terpencil Kongres AS sebaliknya harus tumpu kerjasama pusat-negeri perketat saringan pelabur.

Bukan ia tidak serius dan membimbangkan. Tetapi pada hemat saya, Malaysia tidak perlu terlalu gusar akan tindakan lapan ahli Kongres Amerika Syarikat daripada parti Demokrat tempoh hari.
Tentu anda tahu apa yang saya cakapkan ini. Lapan ahli Kongres AS menggesa Washington mengkaji atau menilai semula hubungan dengan Malaysia khususnya bersabit keselamatan dan ekonomi.
Gesaan dibuat menerusi surat kepada Setiausaha Negara AS Marco Rubio bertarikh 21 Julai lalu yang menyatakan mereka melihat pendirian Malaysia terhadap Israel ‘membimbangkan’.
Lantas mereka mahu Malaysia membatalkan apa yang mereka kata ‘dasar anti-Yahudi’ kerana ‘sama sekali tidak boleh diterima apabila seorang ketua kerajaan mengisytiharkan secara terbuka bahawa negaranya akan memburu dan mengusir warganegara sekutu rapat kami semata mata berdasarkan kewarganegaraan mereka’.
Mereka merujuk kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang disuarakan selepas dakwaan warga Israel menggunakan pasport negara lain untuk masuk Malaysia dan menyertai apa yang dikenali sebagai ‘Network School’, yakni komuniti ‘digital nomad’ di Forest City Johor.
Pemegang pasport Israel secara amnya tidak dibenarkan masuk ke negara ini kerana Malaysia tidak ada hubungan diplomatik dengan Tel Aviv. Dasar ini bukan baharu. Begitu juga Malaysia tidak iktiraf Israel sebagai sebuah negara. Dan umum tahu Malaysia juga untuk sekian lama memang pro-Palestin.
Tidak perlulah saya menghuraikan apa yang dituntut dan segala dakwaan lapan ahli Kongres terbabit . Cuma ingin saya nyatakan Kongres AS ialah dewan perundangan terdiri daripada dua dewan, iaitu Senat (House of Senate) dan Perwakilan (House of Representatives). Keseluruhan ada 535 ahli, yakni 100 senator dan 435 perwakilan.
Lapan ahli Kongres daripada Parti Demokrat yang menulis surat kepada Rubio duduk dalam Dewan Perwakilan. Ertinya mereka ahli perwakilan bukan senator. Saya sekadar memberitahu fakta bukan mahu ‘downplay’ kedudukan mereka yang sememangnya penting.
Pun begitu mereka hanya lapan daripada 435 ahli perwakilan. Maksudnya their so-called cause tidaklah mendapat sokongan their fellow representatives. At least for now.
Itu sebab saya kata tadi, Malaysia tidak perlu terlalu gusar. Sehingga artikel ini ditulis, tidak ada tindak balas daripada Rubio, meskipun lapan ahli Kongres berkenaan mahu beliau bertindak jika Malaysia tidak membatalkan dasar ‘anti-Yahudi’ dalam tempoh 15 hari dari tarikh surat mereka.
Kita tahu Anwar sudah menegaskan Malaysia tidak berganjak, iaitu akan terus mempertahankan dasar melarang warga Israel termasuk soal perdagangan meskipun dikritik beberapa penggubal undang-undang AS.
Saya kira apa yang dibangkitkan lapan ahli Kongres itu mungkin terlalu kecil untuk menarik perhatian Rubio. Apa lagi Presiden Donald Trump, walaupun beliau pro-Israel.
Semua presiden AS punya dasar sama, iaitu pro-Israel. Namun Trump dikatakan lebih mesra dengan Israel berbanding presiden-presiden lalu.
Malah perang AS ke atas Iran yang masih berlarutan disifatkan ramai penganalisis politik Amerika sebagai ‘Israel’s war fought by the US’.
Mereka termasuk media commentators yang yakin Benjamin Netanyahu memujuk Trump untuk meyerang Iran dan si presiden AS termakan pujuk rayu si perdana menteri Israel.
Sekarang pelbagai pihak di AS melihat Trump dalam kesukaran untuk menamatkan peperangan dengan Iran. He is finding it hard to get out of the war.
Ada pemerhati lebih keras menuduh Trump tidak tahu macam mana nak keluar daripada peperangan tanpa jatuh air muka.
Beberapa minggu lalu, Trump expressed deep frustration with Netanyahu over Isael’s military actions in Lebanon yang boleh menjejaskan rundingan damai dengan Iran.
Beliau juga dilapor menyifatkan perdana menteri Israel itu ‘crazy’ kerana terus menerus menyerang Lubnan.
Naib Presiden JD Vance pula baru baru ini mendakwa ada kumpulan tertentu terdiri daripada penyokong dan anggota kerajaan Israel melancarkan kempen menggunakan jutaan dollar untuk gagalkan rundingan damai Washington-Tehran.
Pun begitu ramai penganalisis tidak menjangka AS akan mengubah dasar pro-Israelnya dan berkata slogan Trump ditukar daripada ‘America First’ kepada ‘Israel First’.
Bagaimanapun apa yang hendak saya sampaikan adalah Trump punyai ‘bigger problems to think about other than the complaints of eight representatives from the Democrat party’. Pada hemat saya rungutan mereka tidak sampai ke pengetahuan Trump walaupun beliau sayang Israel.
Oh hampir lupa. Kongres AS dikusai Republican – parti Trump. In both Houses.
Seperti disebut tadi, isu membabitkan Malaysia tercetus kerana ada warga Israel dikatakan masuk ke negara ini lantas menyertai aktiviti Network School di Forest City Johor.
Johor menerusi Majlis Bandaraya Iskandar Puteri sudah membatalkan lesen Network School. Operasi komuniti teknologi Network School sudah pindah ke Kazakhstan.
Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi menggesa Putrajaya perketat tapisan pelabur. Benar ini wajar. Tetapi pada pendapat saya kerajaan negeri juga harus melakukan tapisan.
Ini kerana pelaburan memberi manfaat dan keuntungan kepada mereka secara langsung. Maka ia tidaklah boleh lepas tangan dan serahkan segala tanggunjawab kepada kerajaan persekutuan bulat bulat. Urusan ini memerlukan usaha sama kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
Lagi pun dalam kes Network School apabila kerajaan negeri Johor menerusi Majlis Bandaraya Iskandar Puteri boleh batalkan lesen ertinya mereka juga yang awalnya mengeluarkan lesen.
Lazimnya pihak yang keluarkan lesenlah boleh membatalkan lesen. Takkan si polan keluarkan lesen tetapi si anu pula yan batalkan.
Baik buruk kena tanggung bersamalah. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.