`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Thursday, July 23, 2026

Mindef meterai SST dengan pengeluar Perancis untuk sistem peluru berpandu LCS

 Kementerian Pertahanan menandatangani Surat Setuju Terima dengan MBDA France pada Isnin lalu.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Lokman Hakim Ali memeterai Surat Setuju Terima dengan wakil MBDA France pada Farnborough International Airshow 2026 di United Kingdom Isnin lalu. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Kementerian Pertahanan (Mindef) menandatangani Surat Setuju Terima (SST) dengan sebuah syarikat pertahanan Perancis bagi perolehan sistem peluru berpandu permukaan ke udara untuk kapal tempur pesisir (LCS).

Dokumen itu ditandatangani Ketua Setiausaha Mindef, Lokman Hakim Ali bersama MBDA France untuk melengkapkan keupayaan persenjataan kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia pada Pertunjukan Udara Antarabangsa Farnborough (FIA) 2026 di United Kingdom, Isnin lalu.

“Perolehan ini merupakan kontrak pelengkap penting bagi projek LCS untuk memastikan kapal berkenaan memiliki keupayaan pertahanan udara yang memenuhi keperluan operasi TLDM.

“Pemeteraian SST ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh keupayaan strategik pertahanan maritim negara bagi mendepani cabaran geopolitik semasa,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Sebelum ini, kerajaan Norway dilaporkan menarik balik lesen eksport  sistem peluru berpandu antikapal (NSM) kepada Malaysia atas alasan melindungi kepentingan keselamatannya, yang menyebabkan Mindef menghantar notis tuntutan lebih RM1 bilion kepada syarikat pertahanan negara itu.

Susulan itu, Menteri Pertahanan, Khaled Nordin dilaporkan berkata, empat negara dikenal pasti berpotensi membekalkan sistem NSM kepada Malaysia. Ia terdiri daripada Turki, Korea Selatan dan negara di Eropah.

Menurut laporan media, projek LCS mencapai kemajuan fizikal 78.1% sehingga 31 Mei lalu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.