`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Wednesday, July 22, 2026

Warga Indonesia didakwa edar hampir 75kg syabu

 Tertuduh, Sopian Mustafa didakwa melakukan kesalahan itu pada 12 Julai lalu.

Mahkamah tawau
Tertuduh, Sopian Mustafa dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tawau hari ini atas tuduhan mengedar hampir 75kg syabu minggu lalu. (Gambar Wikimedia Commons)
PETALING JAYA:
Seorang warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tawau hari ini atas tuduhan mengedar hampir 75kg syabu di kawasan tempat letak kenderaan di Jalan Tun Hamdan, di sini minggu lalu.

Tertuduh yang bekerja sebagai mekanik, Sopian Mustafa, 40, hanya mengaku faham terhadap pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Don Stiwin Malanjum, menurut Berita Harian.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 74,866 gram pada 10.30 malam 12 Julai lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan hendaklah disebat tidak kurang 12 sebatan jika tidak dihukum mati.

Pegawai Pendakwa Nur Intan Jamrin mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam Prem Elmer.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 20 Ogos untuk sebutan semula kes. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.