Tauliah mengajar mereka digantung berkuat kuasa 18 Julai lalu sehingga satu notis pemberitahuan baharu dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Sembilan.

Perkara itu dimaklumkan menerusi surat bertarikh 20 Julai diedarkan kepada pengerusi jawatankuasa kariah masjid, surau solat Jumaat dan surau seluruh negeri.
Menerusi surat itu, semua aktiviti pengajaran serta penyampaian ceramah agama oleh pemegang tauliah mengajar agama Negeri Sembilan dalam kalangan ahli politik atau calon PRN digantung sementara sepanjang tempoh kempen pilihan raya.
Katanya, keputusan itu dibuat bagi menjunjung titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Mereka yang terlibat adalah lima calon bertanding PRN dan tiga ahli politik.
Tauliah mengajar mereka digantung berkuat kuasa 18 Julai lalu sehingga satu notis pemberitahuan baharu dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan.
Calon PRN melibatkan Nor Azman Mohamad (PH-Sikamat), Fairuz Mohd’Isa (PN-Serting), Ahmad Shahir Mohd Shah (PH-Paroi), Abdul Fatah Zakaria (PN-Bagan Pinang) dan Umry Abdul Khois (PH-Pertang).
Manakala, tiga lagi ahli politik daripada PH Jaafar Muhammad, Jufitri Joha dan Muhammad Aqil Irfan Razali.
Surat itu turut mengarahkan semua pihak pengurusan masjid dan surau mengambil maklum serta memastikan arahan penggantungan dipatuhi sehingga notis baharu dikeluarkan.
“Kegagalan mematuhi arahan berkenaan boleh menyebabkan tindakan lanjut diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa serta syarat tauliah mengajar agama Negeri Sembilan,” katanya. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.