Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Kris Satria, Sungai Udang, Melaka pada 1.20 pagi 15 Julai.

Pengakuan Mohd Nizam Ab Manaf, 46, direkodkan di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.
Lelaki itu didakwa melakukan pencerobohan jenayah dengan niat untuk menyeludup masuk barang terlarang, iaitu tembakau ke dalam kawasan penjara dengan menggunakan dron di Taman Kris Satria, Sungai Udang pada 1.20 pagi 15 Julai.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, Nizam didakwa menyeludup tembakau ke dalam penjara itu dengan menggunakan dron di tempat dan pada masa serta tarikh sama.
Dia didakwa mengikut Seksyen 58 Akta Penjara 1995 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Siti Nur Alia Safri menawarkan jaminan RM20,000 bagi dua pertuduhan itu.
Peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Muhammad Izzuddin Ab Malek merayu jumlah itu dikurangkan kerana anak guamnya berpendapatan RM1,700 sebulan dan menyara keluarga.
Majistret membenarkan jaminan RM7,000 bagi dua pertuduhan berserta syarat tambahan melaporkan diri di balai polis setiap bulan sehingga kes selesai dan menetapkan sebutan semula kes pada 19 Ogos. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.