Menteri besar Negeri Sembilan berkata selaku timbalan perdana menteri, Zahid Hamidi adalah seorang sahabat dan rakan baik kepada perdana menteri.

Aminuddin yang juga menteri besar berkata kenyataan pengerusi BN itu seolah-olah mencabar kuasa perdana menteri.
“Kalau betul itu ucapan dia (Zahid) saya rasa itulah satu cabaran.
“Saya rasa (kenyataan itu) tidak wajar diucapkan oleh seorang sahabat dan rakan baik kepada perdana menteri,” katanya ketika berkempen di Tanjung Agas di Linggi.
Ahad lalu, Anwar memberi amaran mana-mana menteri, timbalan menteri dan pemegang jawatan dalam agensi kerajaan supaya tidak menggunakan kedudukan mereka untuk menyerang rakan dalam Kerajaan Persekutuan ketika berkempen pada PRN.
Menurut Anwar, pihak yang melakukan perkara berkenaan harus berundur daripada jawatan.
Terdahulu hari ini, Zahid dalam satu program di Seremban berkata, perdana menteri boleh memecat beliau dan menteri BN lain kalau tidak menyukai mereka.
Zahid berkata beliau tidak nampak sebarang sebab untuk mana-mana daripada lapan menteri BN meletak jawatan, selepas Anwar kata mereka yang menyerang rakan dalam kerajaan semasa kempen PRN Sembilan harus berundur.
Mengulas lanjut, Aminuddin calon PH di DUN Linggi berkata apa yang dibangkitkan Anwar sebelum ini lebih sebagai peringatan bagi memastikan hubungan dalam kerajaan perpaduan tidak terjejas.
Katanya, isu sebenar bukan mengenai pemecatan, sebaliknya keperluan menghargai semangat persahabatan dan kerjasama dalam kerajaan.
Aminuddin turut mendakwa apa yang berlaku dalam hubungan PH-BN di Negeri Sembilan berpotensi berulang di peringkat persekutuan jika pendekatan sedemikian diteruskan. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.