Polis berkata pengadu mendakwa diperkenalkan kepada seorang individu yang menawarkan peluang kerjasama bagi mendapatkan projek selenggara jalan di sebuah negeri di pantai timur pada 2024.

Ketua Polis Brickfields, Hoo Chang Hook, berkata pengadu membuat laporan kelmarin dengan mendakwa diperkenalkan kepada seorang individu yang menawarkan peluang kerjasama bagi mendapatkan projek penyelenggaraan jalan raya di sebuah negeri pada 2024.
“Pengadu dipercayai membuat dua transaksi berjumlah RM10 juta ke akaun peribadi suspek. Pengadu turut mendakwa dijanjikan peluang kerjasama dalam projek berkenaan,” katanya menurut Harian Metro.
Tetapi, beliau berkata, hasil semakan pada 2025 mendapati projek ditawarkan itu tidak wujud dan pengadu cuba mendapatkan penjelasan daripada suspek.
Menurutnya, pengadu mendakwa suspek memberi pelbagai alasan sebelum mengesyaki dirinya ditipu dan membuat laporan polis.
Katanya, kes itu dalam peringkat awal siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan belum ada tangkapan dibuat.
Jelasnya, siasatan kes jenayah komersial memerlukan dokumentasi lengkap dan rakaman percakapan saksi sebelum membuat tangkapan.
“Langkah ini penting bagi memastikan pihak pendakwaan mempunyai keterangan dan bukti mencukupi untuk membuktikan kes terhadap orang kena tuduh (OKT) di mahkamah.” - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.