`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Tuesday, July 21, 2026

Aminuddin bidas BN berkait dakwaan guna kemudahan kerajaan

 Pengerusi PH Negeri Sembilan, Aminuddin Harun, kata BN kritik perkara itu ketika menjadi pembangkang.

AMINUDDIN HARUN
Pengerusi PH Negeri Sembilan, Aminuddin Harun, ketika berkempen di Tanjung Agas.
PORT DICKSON:
Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan, Aminuddin Harun, membidas Barisan Nasional (BN) yang didakwa menggunakan kemudahan kerajaan semasa kempen PRN.

Beliau yang juga menteri besar pada penggal lalu mendakwa BN mengkritik perkara itu ketika menjadi pembangkang.

“Kita nampak mereka menggunakan kemudahan dengan menggunakan Jabatan Kemajuan Orang Asli dan banyak lagi yang mereka gunakan. Saya yakin bahawa ini tidak sesuai dan kita harus menghormati demokrasi.

“Sampai bila rakyat harus melihat perkara ini menggunakan jentera kerajaan. Ketika menjadi pembangkang dulu mereka tegur dan hari ini mereka sebahagian daripada kerajaan mereka gunakan sepenuhnya,” katanya ketika ditemui sewaktu berkempen di Tanjung Agas, Linggi.

Aminuddin berkata semua pihak perlu menghormati proses demokrasi dengan memastikan kempen dijalankan secara adil tanpa menggunakan kemudahan atau jentera kerajaan bagi kepentingan politik.

Terdahulu, Pengerusi BN Zahid Hamidi menafikan dakwaan BN menyalahgunakan aset kerajaan sepanjang kempen PRN Negeri Sembilan, sebaliknya mendakwa pihak lain melakukan perkara itu.

Mengulas dakwaan kerjasama BN dan Perikatan Nasional (PN) semakin kukuh dan mampu membentuk kerajaan, Aminuddin mendakwa ada isu dalaman antara dua gabungan itu.

“Kita juga nampak bahawa mereka yakin persamaan mereka berdua tetapi isu dalaman di antara mereka harus diselesaikan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.