`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Wednesday, July 22, 2026

Imigresen selamatkan wanita Sri Lanka dipaksa kerja tanpa gaji

 Mangsa didakwa diperdaya rakan senegara yang menawarkan pekerjaan dan permit kerja sebelum dikawal, dipukul serta tidak diberi makanan mencukupi.

Mangsa diselamatkan Imigresen dalam serbuan di tiga lokasi sekitar Jenjarom, Selangor, semalam. (Gambar Imigresen)
PETALING JAYA:
Seorang wanita warga Sri Lanka dipercayai diperdaya dengan tawaran pekerjaan serta janji mendapatkan permit kerja sebelum dibawa masuk ke Malaysia untuk bekerja di sebuah premis makanan milik seorang lelaki senegaranya.

Ketua Pengarah Imigresen Zakaria Shaaban berkata mangsa dipercayai dipaksa bekerja tanpa menerima gaji, tidak diberikan makanan mencukupi, dikawal pergerakannya serta mengalami kekerasan fizikal sebagai ugutan.

Beliau berkata lelaki berusia 38 tahun itu ditahan dalam operasi di tiga lokasi sekitar Jenjarom, Selangor, semalam.

“Operasi dijalankan hasil aduan awam dan risikan Bahagian Pencegahan Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) serta AMLA.

“Operasi itu turut membawa kepada penyelamatan seorang wanita warga Sri Lanka yang dikenal pasti sebagai mangsa eksploitasi buruh paksa,” katanya dalam kenyataan.

Zakaria berkata enam lagi warga Sri Lanka berusia antara 21 hingga 51 tahun turut ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah.

Katanya, mangsa dikenal pasti berdasarkan Garis Panduan Nasional Mengenai Indikator Pemerdagangan Orang 2.0 (NGHTI 2.0).

Permohonan Perintah Perlindungan Interim (IPO) turut dibuat mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

Menurutnya, suspek memegang Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang melalui perkahwinan dengan seorang warga Malaysia.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta ATIPSOM serta Akta Imigresen 1959/63.

“JIM tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk eksploitasi pekerja dan pemerdagangan orang.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang terlibat,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.