`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Friday, July 24, 2026

Rekod pentadbiran Anwar, Aminuddin sandaran Noorzunita pertahan Pilah

 Calon PH Noorzunita Begum Mohd Ibrahim berkata pelbagai inisiatif dan bantuan dilaksana sepanjang pentadbiran gabungan itu bukti komitmen terhadap kebajikan rakyat.

Noorzunita Begum Mohd Ibrahim berkata PH menyantuni semua lapisan pengundi tanpa mengira kaum walaupun Melayu membentuk majoriti di DUN Pilah.
KUALA PILAH:
Rekod pentadbiran kerajaan negeri pimpinan menteri besar Aminuddin Harun dan kerajaan persekutuan bawah perdana menteri Anwar Ibrahim menjadi antara kekuatan kempen calon Pakatan Harapan DUN Pilah, Noorzunita Begum Mohd Ibrahim, untuk mempertahankan kerusi itu pada PRN 1 Ogos.

Noorzunita berkata, pelbagai inisiatif dan bantuan dilaksanakan sepanjang pentadbiran PH membuktikan komitmen kerajaan terhadap kebajikan rakyat, sekali gus menjadi asas beliau menjelaskan pencapaian kerajaan kepada pengundi.

“Sepanjang tempoh pentadbiran PH, pelbagai inisiatif untuk kesejahteraan rakyat dilaksanakan di peringkat negeri dan persekutuan. Itu menjadi platform saya untuk menjelaskan kepada rakyat apa yang diberikan kerajaan,” katanya kepada FMT.

Penyandang DUN Pilah itu berkata, jika diberi mandat sekali lagi, beliau mahu memberi tumpuan kepada isu kelangsungan hidup warga emas, terutama golongan yang bersara tanpa pencen.

Katanya, sepanjang lebih dua tahun setengah berkhidmat sebagai wakil rakyat, beliau menerima banyak aduan daripada kumpulan itu yang bergelut dengan peningkatan kos sara hidup.

“Saya melihat isu kelangsungan hidup warga emas tanpa pencen antara perkara perlu diberikan perhatian. Kita perlu mencari mekanisme dan inisiatif terbaik bagi membantu mereka menjalani kehidupan dengan lebih baik,” katanya.

Selain itu, beliau mahu meneruskan agenda memperkasa golongan muda, khususnya Gen Z, menerusi lebih banyak peluang pendidikan dan pekerjaan bagi meningkatkan akses kepada kerjaya profesional serta pembangunan modal insan.

Mengenai strategi kempen, Noorzunita berkata PH menyantuni semua lapisan pengundi tanpa mengira kaum, walaupun Melayu membentuk majoriti di DUN Pilah.

“Keseluruhannya kita menyantuni semua pengundi di DUN Pilah. Melayu, Cina dan India, semuanya kita dekati kerana setiap undi amat penting,” katanya.

Mengulas persaingan pada PRN kali ini, Noorzunita berkata beliau tidak melihat pertandingan dengan calon parti lain sebagai halangan besar, sebaliknya yakin rekod perkhidmatan PH mampu meyakinkan pengundi untuk terus memberikan mandat.

“Kita tidak ada masalah berdepan dengan sesiapa. Kita teruskan gerak kerja, kita jelaskan apa yang telah kita lakukan untuk rakyat kerana suara dan kepercayaan rakyat sentiasa menjadi pegangan utama,” katanya.

DUN Pilah menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Noorzunita dan calon Barisan Nasional (BN), S Leza Md Yasin. Pada PRN lalu, Noorzunita memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,079 undi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.