`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Thursday, July 23, 2026

Warga Bangladesh mengaku tak salah amang seksual 7 pelajar

 Tertuduh melakukan perbuatan itu di bilik mandi dan bilik basuh asrama lelaki di sebuah sekolah dekat Alor Gajah.

mahkamah alor gajah
Mahkamah Sesyen Alor Gajah tidak benar tertuduh, Islam Mohammad Shoriful, 44, diikat jamin dengan sebutan semula kes 28 Ogos depan.(Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Buruh warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Gajah atas tujuh pertuduhan amang seksual fizikal terhadap pelajar lelaki, bulan lalu.

Islam Mohammad Shoriful, 44, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap tujuh mangsa berusia 13 dan 15 tahun di bilik mandi serta bilik basuh asrama lelaki sebuah sekolah, dekat Alor Gajah, pada 6 petang hingga 6.30 petang 12 Jun.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang jika sabit kesalahan, boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan dikenakan sebatan, lapor Bernama.

Timbalan Pendakwa Raya Syaza Nur Sharif tidak menawarkan jaminan terhadap lelaki itu.

Lelaki itu tidak diwakili peguam pada prosiding.

Hakim Kamarul Aris Kamalluddin tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 28 Ogos sebutan semula kes. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.