`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Friday, July 10, 2026

DAP letak calon Melayu di Tiram untuk pecah undi, dakwa calon BN

 Abdul Halim Suleiman berkata tindakan itu dilihat sebagai 'taktik' untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu.

ABDUL HALIM SULEIMAN
Calon Barisan Nasional bagi DUN Tiram Abdul Halim Suleiman dilihat mesra bersama calon Perikatan Nasional Khirul Muntanazar yang turut berkempen di pasar malam sekitar kawasan itu.
TEBRAU:
Calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Tiram Abdul Halim Suleiman mendakwa tindakan DAP meletakkan calon Melayu di kawasan itu merupakan strategi untuk memecahkan undi pada PRN Johor.

Beliau berkata, tindakan itu dilihat sebagai ‘taktik’ untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu.

“Kita tahu DAP adalah sebuah parti melibatkan satu bangsa. Kerana inginkan kepercayaan daripada pengundi, mereka mencari jalan meletakkan calon Melayu di DUN Tiram.

“Ini supaya ia dapat memecahbelahkan undi calon lain. Bagi saya, ini satu taktik amat ‘nakal’ oleh DAP,” katanya kepada FMT.

Bagaimanapun, beliau berkata pengundi kini lebih matang apabila menilai calon berdasarkan rekod perkhidmatan parti diwakili dan keupayaan seseorang wakil rakyat, bukan hanya berdasarkan latar belakangnya semata-mata.

Menurutnya, pengundi Melayu juga lebih melihat kepada kemampuan kerajaan untuk memastikan ekonomi kukuh, penyediaan peluang pekerjaan serta pendidikan.

Justeru, beliau yakin rekod empat tahun pentadbiran kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi mampu menjadi faktor utama menarik sokongan pengundi, termasuk bukan Melayu.

“Pengundi kini dapat melihat hasil kerja dilaksanakan kerajaan negeri selain hala tuju jelas menerusi manifesto dilancarkan BN, yang mampu direalisasikan jika terus diberi mandat mentadbir Johor,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Halim menegaskan peratusan keluar mengundi yang tinggi dalam kalangan pengundi bukan Melayu bukan jaminan kemenangan Pakatan Harapan (PH).

“Dulu rakyat boleh terpengaruh dengan persepsi, tetapi sekarang rakyat lebih bijak memilih. Walaupun pengundi Cina keluar mengundi lebih 65%, ia bukan jaminan sokongan kepada PH.

“Mereka juga boleh memberikan undi kepada BN kerana melihat peluang ekonomi yang boleh dibawa melalui perancangan seperti JS-SEZ di bawah pentadbiran BN,” katanya.

Beliau mengulas jangkaan Pusat Penyelidikan Masyarakat Cina Malaysia (CMCS) bahawa PH mempunyai peluang baik merampas beberapa kerusi marginal daripada BN jika peratusan keluar mengundi pengundi Cina mencecah 65%,

DUN Tiram menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Abdul Halim (BN), Nor Zulaila Abd Ghani (PH), Khirul Muntanazar Ismail (PN) dan Harith Fakhrudin Abdul Malek (Bersama).

Pada PRN lalu, BN memenangi kerusi itu dengan majoriti 5,281 undi dalam pertembungan tujuh penjuru. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.