Bekas timbalan menteri pendidikan tinggi itu berkata universiti tidak wajar mengambil tindakan terhadap pelajar kerana suara pandangan isu masyarakat.

Bekas timbalan menteri pengajian tinggi itu berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim antara tokoh pernah aktif sebagai aktivis mahasiswa selain beberapa menteri, timbalan menteri, wakil rakyat dan ahli politik.
Justeru, setiausaha agung Parti Wawasan Negara (Wawasan) itu menegaskan tidak wajar mahasiswa hari ini dikenakan tindakan hanya kerana menyuarakan pandangan atau mengambil bahagian dalam isu masyarakat.
“Dasar-dasar Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini progresif. Begitu juga ‘Cadangan Reformasi Pendidikan’ Perikatan Nasional (PN).
“Antara lain, PN berbicara tentang kecemerlangan dan kebebasan akademik serta gerakan dan perjuangan mahasiswa (idealisme, aktivisme dan intelektualismenya).
“Kerana itu saya tersirap apabila ada universiti yang masih di takuk lama,” tulisnya di ruangan ‘Merentas Ruang’ diterbitkan Sinar Harian.
Saifuddin sebelum ini mendesak Universiti Malaysia Sabah (UMS) menghentikan prosiding tatatertib terhadap dua aktivis pelajar yang terlibat dalam satu protes di Kudat dan rancangan perhimpunan antirasuah di negeri itu.
Pelajar terbabit adalah Fidaa’ Ahmad Fahmi dan Abdul Qayyum Ilham Zulizrul.
Saifuddin juga menegaskan aktivisme mahasiswa perlu diraikan bukannya dimatikan kerana berjuang menegakkan kebenaran serta keadilan.
Beliau turut mengimbau semula pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku) ketika beliau menjadi timbalan menteri pendidikan tinggi
“Auku yang drakonian itu telah dipinda sejak 2012, semasa saya timbalan menteri KPT. Kerajaan telah mengizinkan mahasiswa menyertai politik.
“Mahasiswa Universiti Malaya P Prabakaran bertanding PRU14 di kawasan Parlimen Batu dan menang,” katanya. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.